Dua hari lepas, haku (aku) menghadiri Majlis Penganugerahan Sijil Dekan di Fakulti. malam semalamnya, Iena SMS haku mengatakan majlis akan bermula pada jam 10 pagi, tetapi sebaik tiba je di Auditorium Utama Fakulti Seni Lukis dan seni Reka UiTM, Shah Alam, haku terus menuju ke pintu Auditorium tu, tiba-tiba haku tengok kat pintu tu, "Majlis Anugerah Dekan yang dijangka bermula pada jam 10 pagi akan ditunda pada jam 2.30 petang". Hmm.. buat penat je haku datang awal-awal dari Damansara.
Haku terus ke rumah rakanku , Pedet sementara menunggu jam 2 petang. Apalagi, haku bantai tido sekejap. Tepat pukul 1, haku siap-siap untuk ke majlis yang ditunda tadi. Haku tumpang Syida yang kebetulan nak ke kelas jugak petang tu.
Sampai-sampai jer kat Auditrium, haku terus mendaftarkan diri sebagai penerima Anugerah Dekan. Haku diminta terus duduk di tempat yang telah disediakan. Selesai mendapatkan tempat, terus haku buka beg lalu keluar kan kasut kerana haku pakai selipar Jepun masa datang tadi.
"Alamak!" Tetiba je baru haku sedar haku tertinggal stokin kat rumah. Macam mane ni? Pakaian dah lengkap dengan Baju Melayu, Sampin serta Songkok, tapi stokin tak bawak.. Haku kaget jap.. Haku mintak pinjam stokin kat Hana, lalu haku disound "Kau nak pakai stokin pompuan ke?" Ah lantak lah.. Haku terus jer sarung kasut tanpa berstokin..
Majlis pun bermula, apabila department haku dipanggil haku serta rakan-rakan satu kursus denganku terus bangun.. Lepas bangun terus haku check keadaan kaki haku.. Alamak seluar cam senteng plak, nampak sikit kaki haku yang tak berstokin tu.. Dalam keadaan kelam kabut tu, haku terus tarik seluar haku biar londeh sedikit, mujur pinggang seluar baju melayu tu getah.. Akhirnya masalah tak pakai stokin tadi dah selesai...
Saat nama haku dipanggil untuk naik ke pentas, haku buat selamba campur confident jer berjalan.. lantak lah orang nampak ke tidak.. Mujur tak ada para hadirin yang perasan melainkan tepukan bergema seluruh pelusuk ruang auditorium..
Wahh.. Bangganya haku hari tu, itulah Detik Gembira dalam hidup haku yang bakal haku ingat sampai bila-bila.. Haku terima Anugerah Dekan setelah berusaha keras semasa peperiksaan serta tugasan pada semester yang lalu..
Hari itu jugak haku berkongsi kegembiraan bersama beberapa rakanku yang lain meraikan kecemerlangan yang kami perolehi.. Hari itu juga kami telah mengabadikan saat gembira itu dengan merakam berpuluh-puluh gambar yang bakal menjadi bukti kejayaan serta kegembiraan kami.. Jelas terukir senyuman di bibir masing-masing termasuklah diri haku sendiri walaupun haku tidak berstokin! Hahahahahaha...
Terus haku mendail nombor ahli keluarga serta rakan-rakanku, menggunakan Line Happy 014 untuk berkongsi kegembiraanku..
Di bawah ni haku sertakan gambar semasa majlis tersebut;
No comments:
Post a Comment