Showing posts with label OIAM. Show all posts
Showing posts with label OIAM. Show all posts

Sunday, May 3, 2009

Rindu Terhenti by Tomok (MP3) untuk didownload!


Nah uols download lagu Tomok Rindu terhenti..

Klik Link bawah ni..

Rindu Terhenti by Tomok OIAM 3

Slamat terhibur!

OIAM Grand Finale Review


Halloooo uols.. Aper khabar? Dah makan? Dah mengumpat haku? Gituh kan!! hah uols.. OIAM dah pun melabuhkan tirainya.. Well tiba masa untuk haku buat review overall tentang Malam Kemuncak OIAM yang lepas! Well aper yang best sangat OIAM Grand Finale tahun ni? Waah itu yang haku sayup-sayup dengar dari bebarapa mulut puaka yang pada dasarnya nan ado apo-apo! Ade yang berstaement tak nak tgk OIAM final sebab Aamylea nan ado gi final? Haku like.. Mmm perluker..?! Seswailah ngan paras wajah uols semua.. Nak contestant fav uols menang yang tak undi ngaper? Agak bersabar di situ ye..! ( Ayat siapakah?)

"That was a classy performance!" itu statement Paul Moss masa komen pemenang tahun ni iaitu TOMOK!

Well ade yang tak puas hati, makan hati, cemburu, dengki, khianat dan sewaktu dengannya bila Tomok bawak balik hadiah 1 Million itew? Well uols.. buang lah sifat iri hati (wah peribahasa kaedahnya) yang ada dalam kalang hati uolss tu, tak baik ok.. Bak kata kak Medina, sesungguhnya sifat dengki itu lebih hina dari seketul najis cicak! (Bila kah kak Medina berkata begitu?)..

Well haku of cos malam tu penyokong Tomok.. Wah.. Nak memangdang rendah kat haku lah tu uols2 semua kan..! Nak haku kuar statement ker? harus haku kuar, memandang kan dah lama haku tak kuar kan.. Ade haku kesah?

Haku tak sokong maner persembahan yang nyanyi lagu orang lain mlm tu.. Haku suka memandang kemampuan Tomok, Aweera dan Esther masa nyanyi lagu baru mereka.. Well dari awal rancangan haku tertanya-tanya dan ternanti-nanti adakah lagu tahun ni mengulangi keletopan lagu-lagu tahun lepas iaitu Hanya Di Mercu dan Memori Tercipta?

Well, kesian esther lagu baru dier dinyanyikan pada pusingan pertama dia.. Well Lagu baru dier ape ke tajuknya.. Haku sifat kan.. Mmmm.. Oklah.. Tapi tak tangkap macam Memori tercipta Tahun lepas..! Kemudian plak Aweera dengan lagu dier yang haku rasa.. Mmm.. Bolehlah.. tapi tak menarik minat untuk dengar pun sebenarnya.. Last sekali dan menjadi persembahan terkhir set2 lagu baru ialah lagu tomok Rindu Terhenti.. Memula agak hambar lah kan.. But seperti yang dapat dijangkakan.. Kalau dah lagu Aubrey Suwito yang buat.. mmm.. Nalla la kan..! Bak kata kak Miza, lagu Aubrey Suwito ada set2 peringkat yang akan naik naik dan terus naik.. Tak heran lah kak Miza mengundi 10 kali malam tu.. well laki bayar bil kan.. Matilah kecarutan!

Well hanya lagu Tomok sajer yang menangkap halwa telinga haku untuk dengar sampai habis.. bukan sebab haku tak suker esther and Aweera but.. lagu tak berapa nak can do untuk didengar..

Overall finale memang Tomok layak menang pun rether than others.. Sebab sah2 Tomok ada kualiti tersendiri.. Haku ader terbaca blog satu ni.. Dier upload lagu Tomok baru kat blog dier tapi dok ngutuk Tomok.. Statement nye dier upload lagu Tomok sebab sajer nak naikkan trafic pada blog dier.. Well ade haku kesah.. Manusia typical mmg gitew.. Ingat blog ko byk cantek? Wah..

Yang dok ngata persembahan Tomok same tiap-tiap minggu bagi haku salah.. Bak kater Paul Moss, persembahan yang sebegitu yang bawak dier ke final.. (kalau korang paham slang British Paul Moss lah kan..) Cuba bukak mata celikkan minda uols.. Minggu pertama (dan audition juga) ada Tomok bawak lagu macam lagu Ingin Bersamamu yang dier bawak masa Top 7? Well itu maksudnya perubahan! Ada lagu Beyonce dier bawak macam kak Beyonce? Lain lah lagu Awie di bawak macam style Awie..

Bak kata Syafinaz.. Persembahan paling memberansangkan malam ini! Well he deserve!

Sebelum dier nyanyi lagu Rindu Terhenti ader klip yang Tomok ala2 sedih kan ckp penah naik bus, pastu kena baling batu masa buat show.. ( haku pun naik bus uols, tapi ada haku kesah?) Layak sangat lah dier menang merubah nasib die, dulu orang baling batu botol segala.. perluker nak berada di bawah selamanya? No no no! Kali ni ko buat show Tomok, ko bawak lesung batu.. Ader yang berperangai macam anak monyet seperti tak dididik mak bapak tu, ko rejam sajer.. Baru seswai ngan paras wajah dorang!

Well lagu Rindu Terhenti haku dah naik muntah dengar dan hafal lirik dier.. Uols bagai mana pula? oklah.. Tak mau panjang lebar berleter.. Ader yang mahu serang balas review haku kring-kring haku ok!! Da...


Saturday, May 2, 2009

Rindu Terhenti : Lagu Baru Tomok

CONGRATULATION To TOMOK


Lirik Lagu Rindu Terhenti by Tomok

Rindu Terhenti

Telahku tinggalkan
Memori Silamku itu
Tidak ku biarkan
Hidupku dibelit pilu

Walaupun duka menampar dada
Walau sepi mencalar hati
Rindu ku terhenti

Ku pinggirkan sayu
Yang merundum kalbuku
Kasih dulu ku biar berlalu

Ku pinggirkan lara
Yang bertaut di jiwa
Ku teruskan hidup tanpa dia

Padam nyala patah tumbuh
Hilangkan berganti
cinta tiba, cinta pergi
Biar di asal ku nanti

Ku lupakan mu jua di sini
Sedang kau pergi menjauhi

Saturday, April 11, 2009

Tomok, Tomok, Tomok!

Well kembali lagi kita uols bersiatran secara langsung di blog haku yang nampaknya semakin bersawang sebab sumer yg haku post buat maser ini ialah VIDEO, VIDEO dan VIDEO.. Motif tak suker! Ader haku kesah..?

Ok kembali berceloteh mengenai pentas pertandingan OIAM..

6 peserta berdiri di atas pentas, tetapi hanya 5 peserta yang akan membuat persembahan pada malam ini.. Kelass tak pinjam dialog Kak Tyra Banks?

Well betulahkan.. Kan tinggal 5 org jer lagi bersaing untuk menang duit sejuta hengget tuh? Setelah Abg Simon disingkir daripada pertandingan ini..

Well, persembahan malam tadi dimulakan dengan Amylea, dengan lagunya DIA.. So far bagi haku quite good.. tapi para juri terutama sekali Paul Moss tak suka kaedahnya kan.. Sesuai dier kata Amylea tak memberi suntikan emosi katernyer.. MM.. ader haku kesah ngan persembahan Amylea?

Nine pulak mengambil tempat di atas pentas.. Lagu PENGEMIS MUDA jadi pilihannya.. Tapi pilihan nyer je kan.. Orang lain suker? Haku bolehlah.. Oklah kalau nak banding minggu-minggu yang lepas.. haku tak paham.. Masa audition and central elimination nak letop dier ni.. Tapi masa competition bermula dier seakan-akan nan ado.. Mmm.. Sekali lagi ader haku kesah??

Ries msg haku tny sape akan nyanyi lagu ANTARA ANYIR DAN JAKARTA saper nyanyi.. Jap uols.. Anyir tu kat maner? Oh.. rupanya Aweera yang nyanyi.. Well ok ker dier bawak? Ok lah kan.. Kalau nak banding persembahan dier yang rock selamanya tu dari minggu pertama kan? Minggu ni ada gak perubahan yang kita tengok.. Haku? Tak kesah maner pun..

Tapi biler Esther ambik alih pentas.. Haku kesah yer.. Lagu LAGENDA dier nyanyi ok.. Ingat senang..? Well sofar performance dynamic lah kan.. Ngan range suara yang pelbagai versi dier ni, best lah gak tgk.. Tapi tadi terasa macam dah Final plak.. So far esther did well untuk persembahan dier..! Good job.. But still Paul Moss kurang senang.. Menunjuk2 katernyer.. Well.. Lantaklah...





Tomok, Tomok, Tomok.. Masuk minggu ni dah 4 kali nyanyi lagu betina.. Seingat haku, dulu tak pernah ader pertandingan di mana orang lelaki menyanyi lagu wanita! Kalau ada pun boleh kira ngan jari.. But ader haku kesah uols? Lagu AKU CINTA PADAMU yang disifatkan boring bak kater Paul Moss tadi nampak gaya pancing undi lagi si Tomok ni.. Memula ingat die bawak cam versi asal lagu ni yang bapak slow kan.. Macam MAS AF pernah nyanyi dulu.. Kalau dier bawak versi yang mendayu tadi.. Alamat menjerat diri lah kan.. But sekali dier yang bertindak agresif telah menukar overall lagu tersebut.. Terus haku msg Ries..

"Haiyoh.. Nasib dier tak bawak versi slow.. Kalau tak matilah dier.."

Well he did a good job lagi malam ni.. So far dier ader style.. Itu yang best.. Bak kater Syafinaz.. kalau ada immunity lagi, kamu yang akan dapat.. motif..?? Should have that immunity back ok.. Sebab kalau serahkan tugas mengundi kepada rakyat Malaysia, maka porak-peranda lah dunia ok.. motif haku tetiba libatkan dunia plak..?

Well for overall review.. Dah nampak dah saper yang akan gi final.. Harap2 itulah lah yang akan pergi final kan.. So.. Saper pilihan uols untuk gi final?

P/s: Haku tak tgk awal persembahan minggu lepas.. Bukak TV Tomok sedang dijudge! Sampai lah peserta terakhir iaitu Simon, baru haku tahu Rizu kuar.. Motip?

Sunday, April 5, 2009

TOMOK OIAM 3 : Umbrella

Ella ella eh eh eh... Tomok curlast nyanyi lagu wanita lagi kan.. Kali ni lagu fav haku! Yezzzaa...

Sorry video peserta lain tak dapat cari.. Uols cari sendiri.. Tgu review lepas ni!

Sunday, March 29, 2009

Tomok OIAM 3 : Ingin Bersamamu !

Hah uols.. haku ipload performance Tomok dulu k.. Sbb yang lain tak upload kat Youtube lagi..
Macam maner?

Friday, March 27, 2009

Tomok OIAM : Immunity For Him!


Motif tetiba gambar Tomok kat sini? Well baru jer lepas tengok OIAM top 7 tadi! Minggu yang agak bosan.. Mula Esther, pastu Rizu, diikuti Aweera, Simon, Amylea, Nine! Sumer Yang Ado! Lagi2 Amylea.. Perluker nak nyanyi lagu sendiri? Haku rasa tak perlu, sebab tak der orang pun tahu lagu itew ok! Walaupun kadang-kadang perlu, tak perlu!! Ayat siapakah? Natijahnya, bosan! Dan ini bukan pertandingan mencipta lagu yer..!

Dan ketika Tomok mengambil alih pentas OIAM tadi.. Haku meremang bulu roma ya.. Well, lagu Syafinaz nak dibawaknya.. Boleh kah? Well, haku terus jer menyaksikan persembahan dia tadi! Lagu Ingin Bersamamu yang slalu haku nyanyi masa dalam bilik air dah diubah susunan muzik nya.. Walaupun agak serabut sket (sket jer) but sgt lah menghiburkan ok!

Pada haku, walaupun rata-rata rakyat Malaysia sangatlah menyampah ngan kehadiran Tomok dalam industri muzik tempatan (dari awal pembabitannya dlm muzik) , namun tak keterlaluan haku mengatakan bahawa Tomok adalah artis yang sangat bijak! Well ini bukan persembahan biasa, tapi OIAM satu pentas pertandingan.. So apa yang penting bagi haku ialah PANCINGAN UNDI!

Pergi mampos lah ko tu artis top ker, penjual nasi kerabu ker.. Yang penting strategi dalam pertandingan! Lagi2 hadiah 1million kan! Tak kan lah nak bagi menang peserta yang sekadar bersandar pada rupa dan populariti semata-samata! Celik sket boleh tak?

Haku bukan nak tekan atau bersifat pro kepada mana-mana orang but, haku tengok dari segala aspek! Kalau OIAM ni haku akan tengok dr persembahan, vokal, dan kreativiti! Yes.. Tomok lebih menyerlah berbanding lain..

Haku ni penonton setia rancangan reality ok.. So haku ada hak menyuarakan pendapat! So what korang tak suka review haku pasal OIAM ni? Ada haku kesah uols? Ada yang nak bidas haku balik? Dipersilakan..

Well kewujudan sistem IMMUNITY macam OIAM amatlah haku sokong sebab juri lebih arif! Orang kat umah yang ngundi bukan pandai nak nilai! Korang ingat korang undi korang leh kuar date ngan yang korang undi itew? YANG ADO!! Haku tak undi? Peduli hape korang?

Wah statement haku kan.. Matilah sumer tak mau masuk memeriahkan blog haku dah kan..! Matilah... (ADE HAKU KESAH?).. Lastly congrat to TOMOK yang dapat Immunity buat kali kedua! Haku nak ko (Tomok) ngan Esther jer yang gi final! Pada yang lain, sila buat persembahan yang letop macam Dati kalau teringin nak berada di pentas OIAM Grand Final nanti!

Info:

Terkeluar Minggu Ini : Fify
Immunity Minggu Ini : Tomok

P/S: Woi.. Ader makhluk tuhan paling haku tak berkenan dah masuk blog haku! Haku amatlah menyampah ok tgk dia lagi2 kat luar! Kalau haku seperti mesra2 zinta kat luar ecing jer sebenarnya! Well haku leh check dari mana uols dtg ok! Haku kan bijak! Statement..

Saturday, March 7, 2009

OIAM 3 : Tomok Nyanyi Lagu Beyonce?!!

Wah.. Letop Tomok minggu neh.. Nyanyi lagu Oh oh oh oh nono*!! Very the.. I like..!!




Hah uols brani bawak lagu ni sambil buat shaking cam Beyonce? Tomok apesal tak buat shaking tu..?? Mesti pompuan kat luar sana sanggup top up 30 hengget Vote ko berbanding SMS laki dorang sendiri.. Makan hati lah jejantan kat luar sana biler awek mereka curang kan??

OIAM 3 : Aweera Gemilang

Suka lah Jac tu kan..

Emon vote Dier.. Uols?

OIAM 3 : Rizu Letto

Better than last week..

Falsetto letop...

OIAM 3 : Esther

Esther nyanyi lagu I Try..

Suara class..

OIAM 3 : Pija VS Pink

Adakah Pija selamat minggu depan..


Kiter tgu je lah..

OIAM 3 : Anith

Wah... Sumer nak Rock...

Anith.. uber sebut camner namer dier?

OIAM 3 : Fify Perry

Letop nyanyi lagu ni..

Fify kumpulan nasyid budak2 dulu maner pegi?

OIAM 3 : Amylea

Best ker?

Vote lah utk dier ni.. Supaya dier boleh menang.. Haku vote kah??

OIAM 3 : Nine Coco

Come back ker nih?

Well.. layan Kan sajer...

OIAM 3 : Simon nyanyi lagu Juwita by Saleem

Nah amek..

Sebutan fasih.. Well Done..

Sunday, March 1, 2009

OIAM 3 : Esther nyanyi lagu Krispatih

yeah.. Akhirnya esther nyanyi lagu Melayu.. Well.. Quite ok lah.. Ngan music arrangement yang agak sempoi kan.. Dah macam jadi lagu lain dah..



Tak kan pernah habis air mata ku.. Wahh.. Curlast!!

OIAM 3 : Tomok Exist

Hah ini dier Tomok.. masih mengejar wang 1 juta ringgit.. Tapi last week better than this week lah kan.. Ape2 jelah..



Hah, hamun haku lah tu.. Sah2 berjaya jadi Top 11, haku upload lah video ni.. Haku tahu uols tak sokong Tomok.. Tapi Emon taste ngan Tomok ni ok... Dati taste ngan saper plak?