Friday, July 20, 2012

Mematuk Keyboard Sebelum Ramadhan..

Indahnya beraya di desa.. Kaya dan miskin sama meraikan...

Aje gila dah lagu raya.. Padahal esok baru nak puasa..


Sedar tak sedar dah sampai balik Ramadhan tahun ni.. Alhamdullillah.. Panjang umur kita lagi nak sambut bulan yang penuh Barakah ni.. Sesungguhnya bulan ini bulan yang paling dinanti-nanti oleh semua umat Islam.. Bulan yang penuh keberkatan dan kesyukuran...

Bulan di mana pintu syurga terbuka luas, dan pintu neraka tertutup rapat.. Syaitan-syaitan yang selama ni menghasut umat yang kerdil lagi jahil, dirantai kemas.. Dilimpahkan segala kurniaan yang baik-baik kepada setiap umat Islam.. Bulan yang penuh limpahan rezeki yang menggunung.. Oh Ramadhan, sememangnyamu layak digelar bulan terindah sepanjang tahun.. Ketibaanmu diraikan penuh gemilang..

Amacam, segmen agama haku? Boleh lawan Ustaz Don tak? Hah jangan memain, Haku ni duniawi2 jugak, bab2 agama ni jangan dipandang rendah terhadap haku ye.. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni haku dengan rasa rendah hati, menyerah diri sepenuhnya kepada Allah Ta'ala menjalankan segala ibadah yang diperintahNya selengkap dan sebaik mungkin.. Insya'Allah..

Hari ni, seperti biasa haku akan mulakan hari dengan memohon kepada Tuhan dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki sebanyaknya buat haku.. 

Aktiviti hari ni, adalah teruskan dengan urusan bisnes travel yang haku tengah usahakan sekarang.. Update mane2 info untuk semua orang yang bakal jadi client haku.. Update fanpage di facebook.. Brain storming segala idea-idea ngan pembantu2 haku.. Perkasakan marketing, aktiviti promosi akan diteruskan dengan seletopnya.. Ahhh haku dah tak kisah ape orang nak kata, sebab haku percaya rezeki masing-masing.. 

Until then, tgu cerita esok..

Itupun kalau korang nak baca.. Blog pun agak sendu la skarang kan...

No comments: