Tuesday, November 3, 2009

Hari membuang sawang dan jelaga di Nakula Zone ini..

Ooooooo.... kesuma jiwaku.. Mari obati... Rindu... Hamba...

Motif???????????????????????

Ke mana kah haku menghilang ni?? Masuk2 rumah usang haku ni terus melolong macam dlm citer panggilan pulau.. Well ade haku makan hasil titik peluh korang?? Tak der kan..? So sukati haku la nak buat ape kat blog kesayangan ramai ini..? Disayangikah?? Mmm ape-ape je lah uols...

Well hari ni haku update balik bloh haku yang dah lebih kurang 3 4 bulan haku tak post ape-aper.. Well haku ni terlalu sebuk tentang hal dunia sampai dunia blog haku dah tak berapa nak taste kan.. Korang tahu je lah kan, sejak Facebook wujud di bumi bertuah ini, semua manusia berlomba2 mendaftar diri dan aktif menggunakan wacana komuniti yang haku boleh klasifikasikan sebagai letop serta up to date dan boleh dikatakan sebagai 1000 dalam 1.. (Hah ader sesaper berani buat syampu 100 in 1? Brani???)

Hah uols, semenjak dua menjak ni haku tak brape taste nak melangut kt blog2 yg bersifat personal walaupun suatu ketika dahulu haku lah raja yg dok menyanjung blog Imah Lenggok dan Kak Senduk.. Well, blog terebut akan terus menjadi pujaan hati ku kerana apa yg disampaikan di sana telus dan tidak hipokrit yer..

Ditambah pula dgn haku yg dah memulakan bisnes kecil-kecilan Kek dan Pastri dengan usahasama Kak Wen yang hari tu telah mengalami kemalangan sewaktu pulang berhari raya sehinggakan dier terpaksa mrasa bagaimana org lupa ingatan.. Motif?? Ye uols haku tak tipu..

Begini ceritanya.. 2 hari sebelum raya haku ngan dier gigih siapkan order kek lapis manusia2 yang buat order ngan kami tu.. Pastu keesokan harinya dgn perasaan gembira kerana semua tempahan siap Kak Wen telah dilanggar sebuah trelar sewaktu dlm perjalanan pulang utk berhari raya.. Motif sangat kan.. masuk spital segala ok.. Pastu plak dugaan melanda.. Kak Wen menjadi lupa ingatan.. Haiyzoh.. Sampai tak kenal orang bagai.. Pastu beberapa ketika selepas proses penyembuhan dilakukan.. Kak Wen sedikit-sedikit ingat semua yang lepas-lepas.. Tp sampai hari ni, dier tak ingat haku ngan dier buat kek bagai malam sebelum dier eksiden tu..

Bagaimana keadaan Kak Wen sekarang uols? Semuanya dah ok.. Dier dah ingat seperti sedia kala.. Yang haku agak risau maser kejadian adalah die akan lupa segala resepi kek dier yang maha sedap itu.. Hoi tak payah kalau itu dier lupa maka berkuburlah perancangan masa panjang bisnes kami kan? tahniah kepada Kak Wen kerana telah waras seperti sedia kala sekarang..

Well, di sini haku juga tak ketinggalan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga serta kenalan dan sahabat handai beberapa insan yang telah menghadap Ilahi sepanjang Ramadhan dan Syawal yang lepas.. Cik Marlina bte Mohd Zain bekas guru sekolah haku telah meninggal dunia pada 4 Syawal yang lepas, kepada best friend Kak Wen iaitu Izati yang kemalangan pada hari yang sama Kak Wen eksiden di Gurun Kedah itu, (4 sekeluarga rentung tu uols..) dan kepada seorang budak OM Puncak Alam kenalan Izza dan Kak Miza yang juga kemalangan..

Buat Nindaku sendiri yang telah pulang ke rahmatullah pada 3 Ramadhan yang lepas... Sekalung doa buat kalian semua.. Al-fatihah..

Hah kembali ke alam nyata uols... Sekarang ni boleh lah korang cari haku di Facebook kalau nak serang balas haku yer.. Sini bukan lagi modus operandi haku utk melayan umpat cerca manusia yang tak reti dan masih budak2 tapi sibuk nak baca entry haku ni.. Pi mampos ngan uols..

Sempena hari membuang sawang dan jelaga di Blog haku ini, haku mengucapkan selamat datang pada mereka yang sesat ke mari.. Blaja-blaja menjiwai segala isi perut entry-entry haku ni.. Well uols.. haku sakng ni ngah sibuk promosi bisnes haku ini, itu pasal haku nan edo masa nak update cerita-cerita yang korang tunggu-tunggu dari haku... tgu je uols.. Selagi boleh tgu tgu.. tapi peringatan ok.. haku tak kan sekali-kali tutup blog haku ni ok.. Biar bersawang jangan gulung tikar ok...

Haku tahu insan seperti Fairuz Selamat dan Mama Rika sering tertunggu-tunggu updates dari haku!! Sebab haku sayang org-org yang faham dgn diri haku serta sentiasa menyokong haku, itu pasal jari haku terus mematuk keyboard lappy haku yang dah dekat 2 tahun usianya ini...

Ok lah uols.. Stay tune dgn haku untuk mengetahui kisah2 seram, sedih, rhesoh dan sgelo nya!! Kisah kerani dengan duit susu pun akan menjelma kelak.. So jangan ke mana-mana.. U know u love me.. XoXo..

P/S: Skang Gossip Girl season 3 dan America's Next Top Model Cycle 13.. Motif nak bagi tahu??

No comments: