Tuesday, February 26, 2008

Mayat Tumpang Bas Persiaran..


Angker ok tajuk entry ni.. Apa pun bacalah berita akhbar kosma hari ni.. Haku copy paste dari Kosmo.com.my..

KAJANG - Misteri bau busuk yang menyelubungi sebuah bas persiaran yang membawa 40 Puteri UMNO untuk dibawa ke Stadium Kajang sempena penamaan calon telah membuka satu rahsia.

Selepas diselongkar seluruh bas tersebut, bau busuk itu rupa-rupanya datang daripada satu mayat seorang lelaki yang ditemui di tempat letak barang dalam bas tersebut.

Jurucakap polis berkata, sebelum mayat itu ditemui, pemandu yang berusia 30-an itu telah memandu bas tersebut dari rumahnya di Taman Sungai Besi Indah menuju ke Semenyih.

"Pemandu itu memberitahu, dia ada terhidu bau hamis seperti mayat manusia semasa dalam perjalanan dan telah berhenti untuk membuat pemeriksaan.

"Tetapi setelah dicari di dalam bas itu, dia tidak jumpa apa-apa sebelum meneruskan perjalanan ke Semenyih," kata beliau.

Menurut beliau, semasa tiba di Semenyih pukul 6.30 pagi, bas tersebut telah mengambil 40 penumpang di kalangan Puteri UMNO dan dibawa ke Stadium Kajang.

"Sepanjang perjalanan dari Semenyih ke Kajang itu kebanyakan ahli Puteri UMNO turut terhidu bau hamis tersebut, tetapi tidak mengendahkan kerana menyangka ia datang dari bangkai haiwan," kata beliau.

Bagaimanapun, jurucakap polis itu memberitahu, sebaik menurunkan semua penumpangnya, pemandu bas tersebut telah meletakkan kenderaannya berhampiran bangunan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).

Katanya, setelah mematikan enjin kenderaannya, pemandunya yang masih tidak berpuas hati dengan bau busuk itu terus memeriksa tempat menyimpan barang di bawah bas itu.

"Pemandu itu hairan ternampak sebuah beg beroda berwarna hitam yang mengeluarkan bau busuk dan terus membuat laporan polis," katanya.

Ujarnya, polis yang membuka beg itu kemudiannya menemui mayat seorang lelaki yang telah dibungkus dengan tilam nipis sebelum dimasukkan ke dalam plastik hitam.

Mayat berusia 40-an dan dipercayai telah mati lebih 48 jam itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Rosli Mohd. Nizam mengesahkan kejadian tersebut dan sedang menyiasat mengenai penemuan mayat itu yang dipercayai menjadi mangsa bunuh berdasar kesan cedera di badannya

No comments: