Friday, February 29, 2008

AYU crowned as One In A Million Winner!

Congrat AYU!!

Ayu juara OIAM musim kedua! Tahniah skali lagi..

Lagu baru both also best...

Paling penting AYU orang melayu pertama yang mengungguli rancangan realiti TV yang besar kat Malaysia selepas kemenangan JAC, DANIEL dan SUKI dalam Malaysian Idol dan OIAM!

Big hand to AYU plsss.....

And SHILA too...

Lagu both of them maybe esok akan di post oleh haku ok!!

Thursday, February 28, 2008

My Photo Artwork!

Klasifikasi entry yang baru...


Portfolio haku...

Sape nak buat photo shoot cam neh??

1st Time Bersiaran Di Dalam class!

Haku dalam klas, Pn Nur tengah tgk work bebudak nih...

Mmmm... tak der aper nak buat hari ni...

Blog

YANA dah link ngan blog haku, so.. Singgah sahur lah kat site dier..


AISHAH plak.. tanya cam ner nak link kan blog dier ngan blog haku...


Kecik plak kater nenek die masuk ICU!

Hana tgh tgk Sindarella.. Bole?

Ok lah.. nanti malam haku update lagi...

Maybe haku post lagu utk korang download lagi kot...

ST 12 - Aku Masih Sayang, Free For Download

lagu neh haku jumper kat satu page my space...

Gigih lah haku mencari..

Utk mendownload.. Klik Link kat bawah ni..

ST 12 - Aku MAsih Sayang

kau rinduku jiwaku indah memanggil dirimu
mataku terbangun untuk menanti
menantimu…
jangan pernah kau ragukan cinta yang sesungguhnya
itu bisa menghancurkan semua bukan begitu

c/o

aku sungguh masih sayang padamu
jangan sampai kau meninggalkan aku
begitu sangat berharga dirimu bagiku
dan ku pastikan setia dihatimu
dan ku korbankan semuanya untukmu
sungguh kuberharap begitu padaku

coba engkau rasakan cinta yang begitukan mengesankan
yakin pasti dapatkan kemesraan yang penuh bintang


nak tgk video klip,

KLIK SINI

Group ni dari Indonesia... Enjoy...

Sesaper Tahu Lagu Neh...

Cuber bukak my space seorang hamba Allah ni..

KLIK SINI!

Saper yang tau lagu kat page dier neh, shout kat chat box k!!

Haku dengar skali dah tros suker..

Tolong ek... TQ..

Muahhzzz!!!

Wednesday, February 27, 2008

Shah Alam Banjir!!


Pelik kan dengar tajuk entry ni..

tapi itulah hakikatnya, tadi masa haku balik dr UiTM, nak hujan lebat kan..

Lepas Syida anta haku kat Sec 2, tros haku naik bus, tapi haku pelik naper bas ni tak jalan-jalan.. Rupanya banjir kan.. Cuber tgk gambar air mengalir ni... kat sebelah ni...Punya laju!

Macam air sungai congkak! Haku pun ape lagi tros snap gambar neh.. Guna hp jer, sebab DSLR tak bawak tadi..

secara keseluruhannya, kuat gak banjir nyer sampai keter wira tenggelam separuh.. Boleh.. Ok lah korang tgk gambar yang lain ni...

Nak tenggelam kan.. area-area rumah kat situ pun ader yang tenggelam gak!! Dengan ujan lebatnyer....











Nasib yang haku naik tu bus.. Kalau tak, tgu air surut lah jawabnya baru haku balik!!

Huhuhu... Tulah, sistem peparitan tak nak buat betul2, kan dah susah...

P/S: Kesian tgk ader keter Mercedes terkandas dalam banjir tadi.. Ingat Uolz, harta benda tak menjamin kesenangan, tiba time susah, susah gak!!

Awwwwaaahhhh!!!

Tuesday, February 26, 2008

Bahang Pilihan Raya Kini Memuncak!

Hah? Dah mendaftar sebgai pengundi lom? Lom naper blom? Haku pun blom.. Hahahaha..

Walau bagaimanapun, haku tertarik nak meluahkan pendapat setelah terlihat dan membaca sepintas lalu aper yang haku dpt baca di Buletin my space yang dtg nyer dr saper haku tak hengat, tapi mengenai negeri Kelantan yang dikatakan tidak mendapat apa-apa kemajuan disebabkan hutang yang ditinggalkan oleh Parti yang memerintah sebelumnya..

Bagi haku, haku tak mau komen, sebab haku not into politician things, so haku tak amek pusing sgt benda-benda neh. tapi biler terbaca tuh, agak terkejut jugak negeri kelantan boleh mentadbir negeri nyer dengan duit RM 4! Cam ner tu ek.. Haku pun tgh nak memikir kan aper yang boleh dibuat dgn RM 4 ringgit..

Tiket haku ulang-alik ke Shah Alam pun dah RM 3 sehari.. Tapi walau apapun dakyah yang cuba disampaikan di Buletin my Space tuh, haku just baca utk pengetahuan haku jer.. Korang yang mengundi haku harap buat lah pilihan aling tepat. jgn salah buat pilihan..

Takpe, nati kalau haku terbaca lagi buletin tuh. Haku update kat sini k..

Chiow!

Hantu Bawah Beranda

Hah.. Tiba pada entry tengah malam.. Entry angker..

Kali ni haku nak cerita pasal Hantu Bawah Beranda..

Haku lupa saper yang citer kat haku citer neh..

Ok ceritanya..

Masa tu mak kawan haku ni masih budak2 lagi.. Ada satu malam tuh, hujan lebat.. Mak kawan haku tengah duk kat ruang tamu.. tetiba terbau hangit.. Boleh.. Pastu Nenek kawan haku pun instinct pun agak kuat dengan benda2 macam neh, terbau jugak...

Apa lagi terus lah nenek kawan haku mencari dari mana dtgnya bau ni.. Check punyer check, apa yg dijumper oleh nenek kawan haku tuh uols?

Hah, ternampaklah ade benda tengah mencangkung bawah beranda rumah dorang.. TENGAH MENGIGIL-GIGIL! Boleh?

Apa bendanya tu uolz..?

Hah, itu lah dinamakan HANTU RAYA! Boleh!

Bukan Hantu Beraya, macam uolz yang suka sangat beraya sakan tau! HANTU RAYA! Tau HANTU RAYA? So lepas neh, kalau uolz terbau hangit pegi check bawah beranda umah korang, tak pun gi dapur.. Maner tau nasi yang korang tanak tuh tu dah hangit!

Lagu Spanish Dayang Nurfaizah - Download Now!

Pernah dengar lagu Malam Bulan Di Pagar Bintang? ala lagu P Ramlee tu, hah, korang tahu ader versi Spanish? Hah Dayang nyanyi balik lagu ni. Dalam bahasa Spanish. Boleh?

Nak download? Boleh Jer.. Klik Link Kat Bawah Neh!!

El Atardecer de La Luna

Download ok!

Lets Predict Who Gonna Win One In A Million Season 2!


Come on! Vote your favourite final contestants of One In A Million HERE! What to do? Ok What u need to do is, simply click on one contestant that you predict gonna win in OIAM Finale. Either AYU, SARAH or SHILA! Just vote!

Lepas buat andaian siapa yang akan menang, korang boleh tengok peratusan undian kat sini! Apa pun, keputusan adalah berdasarkan SMS. Kotak POLL ader kat sebelah tepi kanan bawah kalender ye adik abang semua!

So mari mulakan undian dan discuss about it at chatbox!

P/s: Semua undian kat sini tidak akan mempengaruhi undian SMS yang sebenarnya ok! Jangan plak korang sokong peserta yang korang minat, korang dok undi kat blog haku ni! Undian SMS jer diterima untuk menentukan Juara OIAM!

Mayat Tumpang Bas Persiaran..


Angker ok tajuk entry ni.. Apa pun bacalah berita akhbar kosma hari ni.. Haku copy paste dari Kosmo.com.my..

KAJANG - Misteri bau busuk yang menyelubungi sebuah bas persiaran yang membawa 40 Puteri UMNO untuk dibawa ke Stadium Kajang sempena penamaan calon telah membuka satu rahsia.

Selepas diselongkar seluruh bas tersebut, bau busuk itu rupa-rupanya datang daripada satu mayat seorang lelaki yang ditemui di tempat letak barang dalam bas tersebut.

Jurucakap polis berkata, sebelum mayat itu ditemui, pemandu yang berusia 30-an itu telah memandu bas tersebut dari rumahnya di Taman Sungai Besi Indah menuju ke Semenyih.

"Pemandu itu memberitahu, dia ada terhidu bau hamis seperti mayat manusia semasa dalam perjalanan dan telah berhenti untuk membuat pemeriksaan.

"Tetapi setelah dicari di dalam bas itu, dia tidak jumpa apa-apa sebelum meneruskan perjalanan ke Semenyih," kata beliau.

Menurut beliau, semasa tiba di Semenyih pukul 6.30 pagi, bas tersebut telah mengambil 40 penumpang di kalangan Puteri UMNO dan dibawa ke Stadium Kajang.

"Sepanjang perjalanan dari Semenyih ke Kajang itu kebanyakan ahli Puteri UMNO turut terhidu bau hamis tersebut, tetapi tidak mengendahkan kerana menyangka ia datang dari bangkai haiwan," kata beliau.

Bagaimanapun, jurucakap polis itu memberitahu, sebaik menurunkan semua penumpangnya, pemandu bas tersebut telah meletakkan kenderaannya berhampiran bangunan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).

Katanya, setelah mematikan enjin kenderaannya, pemandunya yang masih tidak berpuas hati dengan bau busuk itu terus memeriksa tempat menyimpan barang di bawah bas itu.

"Pemandu itu hairan ternampak sebuah beg beroda berwarna hitam yang mengeluarkan bau busuk dan terus membuat laporan polis," katanya.

Ujarnya, polis yang membuka beg itu kemudiannya menemui mayat seorang lelaki yang telah dibungkus dengan tilam nipis sebelum dimasukkan ke dalam plastik hitam.

Mayat berusia 40-an dan dipercayai telah mati lebih 48 jam itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Rosli Mohd. Nizam mengesahkan kejadian tersebut dan sedang menyiasat mengenai penemuan mayat itu yang dipercayai menjadi mangsa bunuh berdasar kesan cedera di badannya

Lagu Untuk Di Download

Lagu pertama yang korang boleh download kat blog haku ni.

Lagu Aksi Kucing

Klik Link ni untuk download..


Aksi Kucing

Tunggu lagu-lagu lain ok?

Monday, February 25, 2008

Penambahan Item Di Nakula's Zone!!

Kalau diperhatikan betul2, blog ni dah ade banyak benda baru. Cuba tengok kat sebelah kanan, makin banyak benda-benda baru yang haku dah letak, jam (kalau korang tak tau pukul braper) dan kalender (kalau uolz lupa hari ni hari aper).

Lagi, ader chat box, yang uols boleh chatting ngan sesaper yg masuk blog haku ni, dan ader link untuk contact haku secara tros ke My Space.

Selain tuh, list hotz n coolz tu takder fungsi kan... skang uolz boleh tekan maner yang boleh tekan, dan korang akan terus di bawa ke site-site tertentu...!!

Akan ada banyak lagi facilities kat blog site ni akan datang. Haku cadang nak letak kamus dan mp3 lagu-lagu yang uolz boleh download..

Sabar K..

Enjoy aper yang ader ni dulu keh...

Entry Susulan - Entry Its Bulan

Jap i copy paste aper yg diulas oleh Qama diblognye!

"ezat soh explain naper ader dialog norish karman tu pd group datin2..
seriously i've no idea!!!!hahahaha.
ko nk aku komen bnd yg datin2 je yg tahu...ape kes?
tetapi aku nk shout d word to sumone named simply as one...
Haku tak pernah benci orang, Tapi dengan kau, Aku Jijik!
yup...dgn ko aku da jijik...perlu ke mencaras org pny?
desperate sgt ke ko?
nk kt julap g je la...dier pn available!!!
perlu ke kt sumone yg da terang lg bersuluh wif bf dier?
siyal sajer.."

Haiyoh, siapa yang ko carutkan wahai Qama? Siap suh take over haku yang ala2 single skang neh?

Haku terpanggil nak komen aper yang cuba Qama carutkan kan diblognyer itew.

Ok start hujahan dari pemegang anugerah kounselor terbaik neh!

CARAS; dalam kamus maybe uols semua tak kan jumper makna dan juga erti sebenar perkataan ini. Kebiasaannyer, golongan tertentu sahaja yang paham lalu mengaplikasikan perkataan ini dalam bahasa perantaraan mereka. Golangan apa yang dimaksudkan disini? Ye, golongan yang sangat istimewa. Golongan yang bukan sahaja menggunakan perkataan ini dalam bahasa pertuturan malah mengamalkan perkataan ini. Mengamalakan perkataan ini? Apa tu?

Ok, sebelum itu, CARAS bermaksud cubaan merampas pasangan seseorang yang dengan cuba memiliki seseorang itu menjadi hak miliknya. Lebih jelas dan lebih teruk lagi jika perbuatan itu dilakukan sungguhpun dia mengenali pasangan tersebut (kedua-duanya). Supaya anda lebih jelas lagi sila ikuti contoh ini;

A dan B adalah pasangan. C adalah pencaras. C cuba mencaras A, tetapi dalam masa yang sama C mengenali B. Paham? Tak paham jugak mmg korang agak siyal jugaklah..

Ok kembali kepada carutan Qama, haku rasa haku dapat tangkap apa siapa yang Qama carutkan itew. Nama dan identitinya perlulah haku rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan ye adik kakak semua. Kerana apa, haku takut kalau review haku neh, bakal disalah ertikan oleh sesetengah pihak dan mungkin pertengkaran akan berlaku seperti mana yang melanda Kerol dan juga tuttt yang sampai nak letopkan muka. Tak baik adik kakak semua ye!

Pada haku caras mencaras neh dah jadi cam satu tabiat yang semakin menular dikalangan masyarakat kita sekarang ye uola. Kes Si Polan caras si Polan, telah dianggap remeh oleh pencaras tersebut. Haku rasa mereka suka mencaras kerana mereka boleh menunujukkan mereka hebat dan boleh merampas hak orang lain walaupun orang lain tahu bahawa dier sedang mencaras. Aiyoh, korang paham ke aper yang haku carutkan neh?? Tak paham lantak korang lah.. Bukan ader orang nak baca blog haku neh pun..

Pernah terjadi di depan mata haku, sorang ni cuba memaut2 tangan boyfren orang ni secara terang-terangan. Boleh? Siapa tuh? Biarlah rahsia, Group Datin-Datin je yang tahu! Akhirnya, pergaduhan yang dapat..

So kesimpulannya, aktiviti mencaras ini tidak patut ada dalam masyarakat kita. Sesungguhnya, orang tidak akan mempedulikan kita kalau kita buat baik, tetapi orang akan memerhatikan kita jikalau kita buat something yangtak baik. Cuba renungkan, betulkan apa yang haku cakap. Time kita buat baik, bukan org ingat, cuba kalau kita buat jahat, senang jer jadi buah mulut orang.

Dan sah-sah kalau buat hal dengan Group datin-Datin akan dicarut habis-habisan. Betul tak. Qama komen! Asyik ko jer kena komen balik, sebab aper? Sebab ko jer yg baca blog haku neh. Dan yang paling penting tak kuasa haku nak amek dier even haku tengah menduda skang neh. Choy! Ko gi lah balik kat dier. Kan ko punyer sayang kat dier dulu...!

Quote untuk pagi nih,

"Yelah, awak kan dah berpunya skang, Oklah, saya nak delete nombor awak ni!"

Uwwwaaahhhhh!!!

Hari Yang Ngantok

Ahad, 24 Februari; Hari ini merupakan hari paling mengantok buat haku.. Sebab haper? Sbb haku tak tido hari jumaat dan telah bekerja pada hari sabtu.. Balik Cheras tros ke rumah Faizan untuk bersiap2 ke rumah Yan. Tapi sebelum tu sempat haku membuta kejap.. Very The ngantok kan kaedahnya.. Sangat penat ok.. Haku dikejutkan oleh faizan mat som masa citer shin chan ke udara di NTV7. Siap-siap tros ke Bachelor party Yan.. Lepas makan2 tros brambus sebab kawan Arian si Megat nak balik katernyer.. Lepas sampai umah tgk lah citer Survivor China and Janji Seorang Anak.
Bercerita mengenai Janji Seorang Anak, cerita yang kupas pasal anak derhaka dan azab kubur.. Tulah jahat lagi ngan mak dier, haruslah Allah tu maha kuasa bagi balasan hidup-hidup. Nak mati susah, dah mati banyak plak halangan nak ke tanah perkuburan tu kan..
Tengah hari Ahad baru lah nak bangun kan.. Lepas bangun makan meehoon tido balik sampai kol 6.. Penat tak penat lah kan.. Lepas tu siap2, tros ke Sunway Piramid.. Kat piramid tak buat aper pun just jln2 cuci mata pastu mkn kan Manhattan Fish Market.. Agak ok jugak lah makanan dier.. Nak makan Jco Donut Tak kesampaian kan.. Mmm..
Balik jer dr Piramid, tros ke Shah Alam plak hantar si Pedet.. Dalam menganta tuh, haku dikhabar kan tentang lagu yang maner seorang banduan telah hasilkan sebelum dier mati kena gantung. Tapi si Pedet yang agak barua ni lupa tajuk dier.. So tak dapat haku cari kat youtube neh.. Sesaper ader maklumat pasal lagu tuh.. Boleh bagi tahu aku ok..??

Saturday, February 23, 2008

Entry Di Hening Subuh

Haku baru balik dari melangsaikan segala keinginan.. Penat sungguh, tapi haku gigihkan jugak... lepas neh nak pegi Cheras plak kan.. Aiyoh matilah.. Haku tak tido ni, mood haku tak menetulah yer.. so, kalau ader yang kena carut hari ni, jagan salah kan haku...

Quote untuk subuh sepii ini,

"Haku tak pernah benci orang, Tapi dengan kau, Aku Jijik!"

Boleh? Emo pagi2 buta...

Group Datin Dairies tahu and paham lah ungkapan ni...

Qama, sila jelas kan di blog anda ye!!

Teka-Teki..

Entry pendek tapi menduga otak!

Kenapa Pak Pandir bawak tangga gi sekolah..?

Jawab jangan tak jawab!!

Friday, February 22, 2008

Who Gonna Be One In A Million Next week?


Siaper yang bakal menang One In A Million Tahun ni??

Adakah Sarah?
Atau pun Shila?
Atau pun Ayu?


Tapi My Vote is for AYU n SHILA!

Go Gurls!!

Tangerine!


Tahu buah tangerine?

Kat sebelah ni buah tangerine! Tadi mak haku beli kat pasal malam.. Buah neh manis sgt.. haku suker.. rasa nyer mcm buah limau gak, tapi sedap.. buah ni tak der bijij (sbb spanjang haku makan tak der bijik pun..)

Tangerine ni name saintifik nye Citrus reticulata. Boleh? nak reticulata. Citrus reticulata) berwarna oren kemerahan. Lebih kecil dr buah oren yang biasa. dan kulit nyer juga ade sesetengah senang nak kupas. tak payah pakai pisau cam buah oren. Rasa nyer kurang masam berbanding buah oren.

Buah ni biaser nyer ikut musim. Musim nyer adalah pendek. Kebiasannya bermusim di anta bulan November - Januari di Nothern Hemisphere.

Buah tangerine madu (Honey Tangerine) dipanggil Murcott. tak tahu sebab aper namer nyer cam tuh. Jenis lain yang popular ialah Sunburst dan Fairchild.

Yang paling tua dan paling popular skali ialah Dancy tangerine, tetapi tak banyak tumbuh dah. Terkenal dgn kulit-berzip (zipper-skin) dan kid-glove orange sbb sennag di kupas.

Biasernyer dimakan terus lepas dikupas. Digunakan dalam salad, manisan dan masakan utama di beberapa tempat. kekadang dibuat jus, banyak kat US. tangerine kaya dengan Vitamin C, Folate dan Beta Karotin. Bukan dalam carrot jer ader beta karotin. Tangerine juga mengandungi Potasium, magnesium dan Vitamin B1, B2 dan B3.

Untuk bacaan tambahan sila ke link, Tangerine untuk info selanjutnya.

So, lepas neh boleh korang letak nama anak korang Siti Tangerina ker, Nurul Tangerine ke supaya wajah die manis dan mulut dier manis tak puaka macam mulut Group Datin-Datin!

Sumber info; Wikipedia.


Hah.. mari tengok iklah neh..

Hah, dalam sebok2 orang edar kan poster adik sharlinie.. Haku terjumper satu poster ntah haku tak tahu nak kater klakar ker aper.. Cuber tgk iklan neh...




Haku snap gambar ni kat bus stop Asia Jaya! Boleh?

Hah Suhaila, ses-y muker ko.. Muker ko dah terpampang.. Hah, saper suh lesapkan duit org!!

Pagi Yang Gelap..

Motif? Tajuk entry pagi yang gelap, bangun pun kol 1.. Huhuhuu..
Baru jer lepas Exercise, Makan, and tengok Sinderella episod 3. Hari ni haku tak der klas.. So.. Kita enjoy.. Enjoy mende nyer.. tak tahu nak buat per.. Mata cam ngantuk balik..

Berbalik kepada citer Sinderalla, citer ni gonna be one of my fav series. This brand new TV Drama, are shown every Tuesday 9:00pm. This drama is about one little cute boyish gurl name Zoela live with her cruel step mother (tak lah cruel sgt, mulut dier jer yang laha.) After she was thrown by her family, she try to survive her self. She live with her friend, Nur Khiriah ( luper namer watak dier) and look up for a job to get money and continue her live. So many tragic moment will show in this drama.

Episod kali ni, very the gedik Tasha kan.. Tapi haku suker ayat dier.. "Tak kira lah anak tiri ker, anak buluh betong ker" Boleh org kaya guna ayat tuh..

Kalau korang nak tgk sendiri cerita nie, boleh view kat web site tv3.com atau pun klik link neh Sindarella Episod 3

Kalau korang prasan, kat tepi sebelah kanan page ni, ader senarai Movie, Music etc.. yang tengah hot.. So cube lah try tengok, dengar dan rasa apa yang haku dah senaraikan ok..

Chiao!!

Bercakap Dengan Hantu

Baru jer lepas tgk citer Anak kat panggung ngan Amy, Kerol, Shah, ngan Saiful. Nak citer macam seram tak berapa nak seram lah kan.. Ni haku ader citer yang lagi seram.. Pasal Hantu.. cuba lah baca tengah malam sket.. kalau korang tak takut, korang boleh lah geng ngan haku ok.. OK baca neh..

Jam kat laptop haku skang pukul 3:09am.. (Waktu betul ye uolz).. Lebih kurang lah waktu beberapa budak2 kolej tengah main Spirit Of The Coin. Ala permainan yang panggil hantu tu.. Penah dgr kan.. Hah, nak dijadikan citer 5 orang budak yang very the konfiden main lah benda pemujaan setan neh kan..

Malam tuh, dorang guna lilin utk adakan sikit cahaya. Waktu tuh lilin yang ada adalah lilin kek hari jadi. Main kat dalam bilik yang dipadam lampu kipas dan ditutup pintu dan tingkapnye yer.. Suasana tenang.. hanya api lilin jer yang ader maser tuh..

Kat tengah2 bulatan duduk dorang ader kertas yang ader huruf A-Z, Nombor 0-9, HOME, YES dan NO! Ader jugak sekeping duit syiling! Duit syiling nilah digunakan sebagai perantara. Dorang pun mulakan permainan..

Lepas bacaan-bacaan munafik dibaca (saja haku tak tulis kt sini takut korang ikut) untuk panggil benda-benda alam lain dtg kat dorang...

Api lilin meliuk sikit..

A: Kau dah ader ker?

Tetiba syiling tu gerak sendiri..

Hantu: YES [Bukan hantu tu bercakap, tapi duit syiling tu bergerak sendiri ke kotak YES!]

A: Kalau betul2 kau dah ada kat sini aper buktinya?

Time-time tuh gak bau wangi satu bilik.. (Bulu tengkuk haku meremang ok maser tulis ayat ni)

A: Oh kau dah ader yer? Kalau ko dah ader cuber tiup api lilin ni..

Takder angin, tak der ape, terus api lilin tu meliuk dua tiga kali.. boleh?

A: Ok kalau ko ader kat dalam bilik ni, ko tunjuk diri kau!

Dengan tiba-tibanya plak, satu bilik bau bangkai mayat kan..

A: Kau kat maner?

Hantu: A-T-A-S A-L-M-A-R-I

Sekejap itu gak A pusing kepala ke arah almari. memang ader disitu yer.. Tapi A sorang jer nampak... Badan hitam besar duk juntai kaki.. Boleh?

A: Nama kau saper?

Hantu: A-N-D-I-K-A

A: Naper kau mati?

Hantu: B-E-R-L-A-W-A-N

A: Kau saper?

Hantu: P-E-N-D-E-K-A-R

A: Owh..

Tanpa sedar api lilin terpadam sebab lilin dah habis bakar sebatang. Apa lagi cepat2 nyalakan satu lagi lilin. Kata org kalau lama sgt amik masa nak nyalakan yang baru, nanti hantu tu tak mau balik..

Lepas tanya beberapa soalan lain..

A: Aku rasa ko boleh balik skang..

Hantu: NO

Sudah, dia tak mau balik..

A: Ko balik sekarang!

Hantu: NO

Sekali A tu pusing kat tingkap, benda tu kat tingkap.. Macam nak kuar dr bilik tu, tapi tetap tak mau keluar!

A: Balik!

Hantu: NO (Very degil hantu ni tak mau kuar)

Dorang sumer dah cuak sebab antu tu gerakkan koin tu, ke huruf

A-K-U N-A-K K-A-W-A-N

Boleh????

Sekali A baca-baca something n then ckp,

A: Kami sumer dah penat! Esok Ko dtg lagi! Tapi tunggu kami panggil!

Tak lama lepas tu.. Syiling tu gerak ke kotak HOME.. Bau wangi balik satu bilik dan hilang, dan hilang, dan hilang...

Benda tu dah kuar...


Selamat lah dorang malam itu... Sumer dapat tengok koin tu gerak sendiri.. Tapi bayang kan pulak si A tu je yang boleh nampak benda-benda tuh.. Matilah kan.. So jgn nak buat keje bodo ok..

Hey tengok kat blakang korang!!!

Tgu citer yang lain lepas2 ni...

Rupanya Hantu tu mati masa berlawan zaman-zaman melayu dulu kala...

Wallahualam..

Thursday, February 21, 2008

Hari Baru Dunia Baru Blog Baru

Hah, buat julung kali ke berapa pun haku tak tahu haku bertukar-tukar blog. Kenapa? Sebab haku bosan dengan blog lama tuh. Itu jer sbenarnya.

Lagi satu sebab lagu Wake Up Call yang mengejut kan haku pagi tadi. agak siyal lah jugakkan nak miskol2 sedangkan haku baru jer 3 jam tdo selepas beronggeng rokiah dgn Qama, Amy n Krol di cheras malam tadi. ( Nak Qama sebut2 nama i kat blog dier kan, cantek ker..)

Hari ni hari paling kelam kabut haku lah kiranya, atas dasar apa uolz? atas dasar buat keje last minutes. Macam siyal tak? Matilah terkejar2 gi print n binding work Pn Nur siang tadi..

Dah lah haku MC kelas dier dua hari, nasib dier paham haku sakit.. TQ Pn Nur.. saya akan pastikan Coffee Table Book saya meletop pop pop macam kehangatan Pilihan Raya kali ke...? Tak ingat, tapi haku tau election gonna be held 4 years sekali. Ingat i bodo? Sory kali ni nyer Pilihan Raya tak dapat nak mengundi sebab tak daftar sebgai pengundi. Insyaalah next 4 years.

Hari ni penat giler sbb semalam tak cukup tido.. matilah lah batuk bagai neh.. apa khabar Hani Mardati ek? Adakah masih hidup. Jikalau Dati membaca entry ini, sila hubungi saya dalam kadar segera yer..

Ok Ok.. tak larat..

Nanti I sambung k..

Bubye... Nak dengar i nyanyi lagi..

Esok K..