Friday, July 20, 2012

Mematuk Keyboard Sebelum Ramadhan..

Indahnya beraya di desa.. Kaya dan miskin sama meraikan...

Aje gila dah lagu raya.. Padahal esok baru nak puasa..


Sedar tak sedar dah sampai balik Ramadhan tahun ni.. Alhamdullillah.. Panjang umur kita lagi nak sambut bulan yang penuh Barakah ni.. Sesungguhnya bulan ini bulan yang paling dinanti-nanti oleh semua umat Islam.. Bulan yang penuh keberkatan dan kesyukuran...

Bulan di mana pintu syurga terbuka luas, dan pintu neraka tertutup rapat.. Syaitan-syaitan yang selama ni menghasut umat yang kerdil lagi jahil, dirantai kemas.. Dilimpahkan segala kurniaan yang baik-baik kepada setiap umat Islam.. Bulan yang penuh limpahan rezeki yang menggunung.. Oh Ramadhan, sememangnyamu layak digelar bulan terindah sepanjang tahun.. Ketibaanmu diraikan penuh gemilang..

Amacam, segmen agama haku? Boleh lawan Ustaz Don tak? Hah jangan memain, Haku ni duniawi2 jugak, bab2 agama ni jangan dipandang rendah terhadap haku ye.. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni haku dengan rasa rendah hati, menyerah diri sepenuhnya kepada Allah Ta'ala menjalankan segala ibadah yang diperintahNya selengkap dan sebaik mungkin.. Insya'Allah..

Hari ni, seperti biasa haku akan mulakan hari dengan memohon kepada Tuhan dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki sebanyaknya buat haku.. 

Aktiviti hari ni, adalah teruskan dengan urusan bisnes travel yang haku tengah usahakan sekarang.. Update mane2 info untuk semua orang yang bakal jadi client haku.. Update fanpage di facebook.. Brain storming segala idea-idea ngan pembantu2 haku.. Perkasakan marketing, aktiviti promosi akan diteruskan dengan seletopnya.. Ahhh haku dah tak kisah ape orang nak kata, sebab haku percaya rezeki masing-masing.. 

Until then, tgu cerita esok..

Itupun kalau korang nak baca.. Blog pun agak sendu la skarang kan...

Wednesday, July 18, 2012

Kembali bersiaran..

"Aku tidak sudi melihat dia lagi... Walau dalam mimpi pun tidak kuingini.. Aku rela menjadi teratai yang layu.. Daripada mekar.. Di dalamnya tasik madu.. Biarkanlah.. Ku begini.. Dan tak mungkin.. Ku kembali.. Bersamamu.."

Kau mampu ke tidak muncul2 masuk blog kau tarik key Kak Jee walaupun kak jee sendiri tak mampu nak tarik lagu sendiri sekarang ni..?

Cantik pose menaip kau kak!

Haiyo, dah dekat setahun haku menternak sawang2 kt laman haku ni kan.. Last entry kau tgk, Ramadhan.. Ni dah nak masuk Rmadhan balik.. Aje gilaaa... Tp ade haku peduli? Tak hokey.. Hah ingat haku sorang je yang tak update blog berbulan2? Tu Ruhil dah tiga bulan diam, tu Fairuz Selamat tak jugak2 hupdate.. Samo sejo semua! tp ade sorang ni agak rajin la update blog.. Tu Abg Mizie, fefeeling ramai la pembaca? Siap mention dating ngan haku kat Curve kan.. Tp ade jugak la orang ingat kt haku kan.. Sayang la Abg Mizie.. Aje mampossss...

Hey, dah nak masuk Ramdhan dah uols.. Yg betina2 subur semua kt luar tu dah ganti puasa ke belum.. Belum? Aje sial lah sifat memasing.. Cuba la lepas raya tu bwk2 ganti puasa disebabkan zon merah tu!! Ape nak jadilah.. Wah, ade akak2 dah terasa.. Hellooo.. Kenyataan ok.. Haku puasa penuh, so jgn mengata haku okey.. 
Apa pandang2? Ingat haku tak puasa?

Ok lah, citer bulan puasa nanti puasa baru kita huraikan yer.. Sekarang ni mari kita kongsi apa aktiviti yang korang tengah buat sepanjang tahun ni (malah sampai tahun depan kendati sampai mati pun) yang korang buat? Bangun 7 pagi, start enjin pergi kerja, pastu pulang ke rumah bukan?? Soooooo yesterday! haku skang ni kerja, tido kol 7 pagi bangun kol 4 petang.. Kau mampu? Kau mampu khatam seluruh perlawanan Euro baru2 ni.. Haku mampu!

Haku kan kerja sendiri uols, sukati haku la nak tido bangun pukul berapa kan.. Janji akaun penuh..!! Keji tak sifat haku? Tak baik okey riak! Hey.. Haku bukan riak.. Contoh orang riak adalah mcm ni.. Baru dpt kerja canang, gaji basic RM2000 tak masuk elaun, baru beli baju kt Top Shop dah dok catwalk 10 kali dengan baju yang sama, atau baru nak cantik dah pose2 Ochee kt Pavilion.. 

Cantik tak fesyen aci?

Lagi satu benda paling haku meluat sekali dengar sepanjang tahun yang lepas ni.. Sikap org yg suka jaga tepi kain org sedangkan spender sendiri dah berlubang.. Aje gila dok mengomen haku sepanjang masa.. Rambut bila nak potong la, bila nak kahwin la.. Hey, kau suruh mak kau lahirkan haku balik, sumpah haku ikut apa kehendak org.. Suruh haku jd komander tentera pun haku sanggup.. Get a life man!

Stim x tgk I?

Wah, luahan perasaan betul haku ni.. yelah.. Haku simpan je sebelum ni.. Before this haku diam je la ape org nk kata.. But now, no no no, kau dengar cakap haku plak.. Kau ni kurang kasih sayang kot haku rasa.. Tu la, jadi lagi anak yang tak berguna, kan dah kurang perhatian.. Bawak2lah berkawan.. Luaskan sikit pemikiran tu.. 

Woi woi woi.. sebelum blog haku di chop sebagai blog keji, baik haku blah.. Kang ade plak yg sentap tetek baca nukilan haku ni.. Ok, haku nak cari planner tahun depan, sebab planner tahun ni dah penuh ngan tempahan baja najis unta haku tu.. Salam sayang.. Annyeong! Daaaa~~~

P/s: Kau ade banner blog mcm haku?