Tuesday, May 26, 2009

Blood Test!!


Motip carta apakah ni? macam molekul nano saja.. Adakah ini carta bacaan ABC kanak2? Oh tidak.. Inilah carta darah puaka ok.. Tgk tu.. Darah O adalah Universal Donor! Dan AB disifat kan Universal Recipient! Maksudnyer.. Darah O leh didermakan kepada semua jenis darah lain.. Manakala darah AB bleh terima drah dari sesaper sajer.. Beruntungkan AB.. Tapi orang yang berdarah ni sangat sikit ok..

Well kenapa haku sebukkan pasal darah ni uols...?? Hah, procedure application ke Korea ni yang buat haku concern pasal darah ni ok.. Haiyoh.. Selaku orang yang takut benda-benda camni terpaksalah haku lalui ujian darah ni ok.. Matilah.. Haku mmg fobia ok.. Tapi haku gigih kan diri ok.. Buat2 slumber..

Caranya..

1. Haku berjalan dari Pusat Kormersial ke Klinik Shah Alam tu pelan2.. Sambil dengar lagu kat MP3 yang agak dah berkarat itew..

2. Sampai2 jer kt kaunter depan.. Haku buat2 feeling Norkhiriah.. Berlakon tenang tanya boleh buat test darah ke tak.. Nasib baik wanita itu tidak bersifat laha..

3. Haku tunggu giliran sambil dengar lagu Pudar-Rossa ngan lagu Nobody- Wondergirl sambil feeling2 menari kan.. Haiyoh nervous ok.. Dah terbayang jarum puaka itew.. Barwah sgtttt...

4. Biler pembantu makmal tu panggil haku, haku feeling finalis ANTM berjalan ke arah dier.. Boleh?

5. Time dier cucuk ujung jari haku, tetiba Lagu Rindu - Siti kuar kt MP3 haku.. Ape lagi.. Haku teruslah menyanyi kan.. Tanpa mempedulikan pembantu makmal yang bernama Faizah Bte Bakar itu..

Tak sampai seminit darah haku dititikan kat atas satu board uji kaji kaedahnyer.. Wah.. Kelas..

Setelah tunggu beberapa minit.. Dier panggil haku... Dan haku diminta ke bilik doktor tadi.. Skali Dr tu kater.. Tahniah.. U still running to become America's Next Top Puaka.. Motip?

Dan di akhir sesi pemeriksaan itu, haku disahkan tergolong dalam kumpulan darah bejenis......



AB+ (Positive)

*yessss... Ujian puaka telah tamat.. Persoalannyer.. Haku berjalan bagai nak rak ke klinik kalau tak dapat ke Korea, tak tahu aper haku nak ckp ok!

Sudahhhhhh!!! Haku nak tdo.. Dadaaa...

Sunday, May 24, 2009

Minggu Yang Amat Sibuk!!

Hallooo uols... Well memang sangat busy haku beberapa hari ni ok.. Well berulang ke faculty nak sampai 3 kali kan.. Ni esok pun nak ke Faculty lagi.. Matilah haku nak submit borang ke Korea ni hari rabu ni kan.. walaupun tarikh tutup dier hari jumaat.. Well, haku yang dah lama tak ke Faculty terus jer terpempan sekejap.. Kenapa uols? hah, gambar art work haku terpampang kan faculty kt Level 5 Department Fotografi kan.. Wahh.. Should I proud of myself? Wah gitu, walaupun tak bangga mane, tapi bile gambar haku terpilih menghiasi dinding di Department Photo, wah.. Akan jadi ikutan lah kan.. matilah memuji diri.. well uols.. Hakikat ok.. Haku bercakap bukan tak der fakta.. Lainlah orang lain yang nak tinggi diri tapi nan ado.. Sangat lah sial ok orang sebegitu..

Mmmm.. Web official Department photo skang pun dah ader.. Letop ok.. Haku selaku EX-AD17 sangat lah bangga dengan Dept Photo dan juga bangga menjadi graduan dari such a lovely family... Dan.. Sekali lagi haku terpana .. Art work haku telah terpilih menghiasi ruangan Gallery di web site itew ok! Dan ini print screen nyer...

Klik utk view dengan kadar besar ok...

Well.. Seperti dalam imej di atas, itu adalah art work final haku masa Degree.. Model itu adalah Syu.. Dan sperti yang uols boleh tgk juga task bask yang kat bawah tu, menandakan haku sedang sibuk edit application form Korea Scholarship itu.. Well, haku sangat berkejar sekarang ok.. Maybe hari khamis haku dah kembali free kan.. So pada yang msg ke, sms ke, ym ke.. Bye lah pada uols semua kerana haku tak sempat nak reply maner2 yang di sebut tadi..

Well.. Sok nak gi jumper En Lan ngan En Nik lagi, nak amek surat sokongan plak.. haiyoh.. Mudah2an mereka memberi pujian dan cadangan yang melambung2 pada haku.. Matilah...

Hah surprise buat anda semua, gambar haku masa jadi model Yana turut terpampang di dinding department haku dan juga di web site tadi... Ini dier...

*matilah pose2 ceria kan..



Friday, May 15, 2009

The 12th America's Next Top Model

Akhirnya milik..



Teyona Anderson

Mengalahkan...


Allison Harvard

Nak review? Tunggu...

Rindu Terhenti by Tomok (Studio Version) For Download

Ya guys.. Finally the clean studio version haku dah jumper.. Nak Download.. Silakan..

Klik Link Bawah Ni..

Tomok : Rindu Terhenti (Studio Version)

U know U love me!

XoXo

Thursday, May 14, 2009

Kes Bunuh Nisa!!

Well uols.. Sambungan cerita cubaan bunuh Nisa begin here..

Kalau sesaper tak kenal Nisa, dier persis ni.. *letop Pose..

Nak dijadikan cerita kawan haku sekor ni kenallah ngan seseorangkan.. Pastu setelah pertemuan dibuat harus lah malaon tu dah jatuh cinta pada Nisa.. *yelah.. Nisa kan cantik.. Well, bak kate pepatah, Rambut sama blonde, hati lain-lain kan kakak?

Hah, aper lagi Nisa sekadar anggap kawan je lah kan.. Tapi yang budak tu feeling-feeling sentap kan.. Motip? Dier ingat dier banyak cantek..

Dipendekkan cerita, budak hangsuang tu telah XoXo (berhubung) ngan seseorang selepas dier mencuri no telefon dalam tepon Nisa ni.. Wah ingat dier Blair Waldorf la kan, bukak2 tepon orang? Siapa orang tu tak yah lah haku kabor kan..

Hello, boleh cakap dengan Cikgu Rubina?

Setelah itu, mulalah ugutan bunuh terhadap Nisa.. Motip sangat budak ni, berani sungguh dier kan.. Yang paling penting ugutan dier berbunyi begitu..

"Lenyaplah kau dari muka bumi ni.."


Kelass.. Dier ingat dier Tuhan nak lenyapkan orang dari muka bumi ni...? Yang Nisa apa lagi? Takutlah kan... Tapi tetap feeling upper East Sider lah.. Siap ugut balik.. Harus uols.. Ingat kami ni aper? Suker2 nak musnahkan hidup orang.. Dengar kater nak guna cara halus la bagai kan.. Haiyoh takut ok ilmu2 sihir ni..

Hello, tak takut api neraka ker? Neraka tu panas ok..

So buat masa ni.. tak der aper yang berlaku pada kawan haku tu.. Idup jer sampai ari ni.. So sedang fikir jalan terbaik utk selesaikan masalah ni..

Well pada budak itew..

Kalau ko tak kenal haku, meh sini kiter berkenalan...

*Jangan haku kuar saka rimau haku kat ko plak..!!

Wednesday, May 13, 2009

Nakula is back!

Wah.. Bunyi very the kan.. tapi yelah.. Haku dah kembali ke arena blogging yang rata-rata semua dah tengok ade sawang di sini sana? Motip? Maner plak Dorota ni.. Haku bayar gaji suh bersihkan terority haku ni.. Ke pegi menggatal ngan Rufus Humphrey? Motif, upper east sider mencemar duli ke Brooklyn?


*matilah feeling2 Blair Waldorf!

Hah uols.. Ketiadaan haku selama ni bukan menghilangkan diri ok.. Tapi bertapa nak cari cerita-cerita baru yang lebih hangat dari biasa.. Ketidak hadiran haku menghupdate blog kesayangan haku yang dah catat 1000 juta pelayar ni tak der sesawang kotoran yang ada di blog dati kan? *Feeling Azwan Ali jap.. Matilah kecarutan! Motif down sebab tak der kamera n tak leh nak buat entry bergambar? Wake up Dati..! Kiter ni da masuk dalam liga kita tersendiri ok.. Tengok haku tak der gambar pun org dok serang blog haku kan skarang ni kaedahnyer.. Sumer gara-gara Tomok.. Sumer dok berkampung kat blog haku download lagu Tomok kan.. Hah elok benor la tu komer..!

Hah, last week on my burfday.. haku telah menjejak lantai dansa uols.. Matilah haku kaki minum kah? Excuse me.. Blair Waldorf tak minum air mabok ok..

*Pergi ikut abang, abang mau pergi disko minum air mabok!

Nak dijadikan cerita biler da letih terkinja-kinja tu, harus haus kan.. Pegi lah nak amik air.. Skali haku terbau.. Motip bau aper ni?

*pengsan

Halo uols.. Kalau dah bau ketiak tak pengsan ke kaedahnya? Dah lah dalam kelab, still bau kuat ok.. Haku like.. Motip? Tak pakai deodorant kah? Haku toleh blakang.. Mak ai, muker ko bukan main lagi.. Macam Chuck Bass pun ader tgk budak ni.. Tapi ke ko tak kenal apa itew deodorant? Well sini haku sekolah kan ko..

Ini die barisan deodorant..

So dapatkan di pasar raya berhampiran anda sebelum anda kena ludah di kemudian hari ok! Motip sangat tak reti nak pakai deodorant.. Lain lah Dati, sekarang dah dok Genting, bau badan tak semerbak sangat lah..

Hah ape lagi yang menarik uols sepanjang haku betapa ni ye? Hah uols, semalam punya kisah!

Nisa diugut!! Ugut aper uols..? Ugut bunuh ok? Motip? First entry kat Blog haku citer berbunuhan ni kan? Hey choy! Matilah kawan haku nak dibunuh?


*Hey.. Dier ingat dier Jason dalam citer Friday 13th?

Terpaksa haku nyanyi soundtrack Keliwon jap..

Nak tahu kisah lanjut tentang siri pembunuhan ini...? Nantikan entry seterusnya.. Ok? tapi jap!!


Nak pose Chuck Bass! *Motip! Ni lah nasib kalau dah jadi Upper East Sider!

U know U love Me.. XoXo!

Friday, May 8, 2009

Happy Birthday To Me


Ya.. Its my lovely Birthday..

08 May 1985


My Wish List..




1. Panjang Umur and Murah Rezeki ! (Ini penting)
2. Berjaya ke Korea ! (Kelass!!)
3. I Phone (Anyone?)
4. Tickets to Ukraine (Best kah?)
5. Mac Book Pro
6. Income masuk macam angin ( Insyaallah)
7. Bakat berkembang lagi.. (Apakah?)
8. Be more confident (I will)
9. To be loved by someone!
10. Dapat kuar ngan "orang tu" and date macam Dan Humphrey & Serena Van der Woodsen..

XoXo!!

Sunday, May 3, 2009

Rindu Terhenti by Tomok (MP3) untuk didownload!


Nah uols download lagu Tomok Rindu terhenti..

Klik Link bawah ni..

Rindu Terhenti by Tomok OIAM 3

Slamat terhibur!

OIAM Grand Finale Review


Halloooo uols.. Aper khabar? Dah makan? Dah mengumpat haku? Gituh kan!! hah uols.. OIAM dah pun melabuhkan tirainya.. Well tiba masa untuk haku buat review overall tentang Malam Kemuncak OIAM yang lepas! Well aper yang best sangat OIAM Grand Finale tahun ni? Waah itu yang haku sayup-sayup dengar dari bebarapa mulut puaka yang pada dasarnya nan ado apo-apo! Ade yang berstaement tak nak tgk OIAM final sebab Aamylea nan ado gi final? Haku like.. Mmm perluker..?! Seswailah ngan paras wajah uols semua.. Nak contestant fav uols menang yang tak undi ngaper? Agak bersabar di situ ye..! ( Ayat siapakah?)

"That was a classy performance!" itu statement Paul Moss masa komen pemenang tahun ni iaitu TOMOK!

Well ade yang tak puas hati, makan hati, cemburu, dengki, khianat dan sewaktu dengannya bila Tomok bawak balik hadiah 1 Million itew? Well uols.. buang lah sifat iri hati (wah peribahasa kaedahnya) yang ada dalam kalang hati uolss tu, tak baik ok.. Bak kata kak Medina, sesungguhnya sifat dengki itu lebih hina dari seketul najis cicak! (Bila kah kak Medina berkata begitu?)..

Well haku of cos malam tu penyokong Tomok.. Wah.. Nak memangdang rendah kat haku lah tu uols2 semua kan..! Nak haku kuar statement ker? harus haku kuar, memandang kan dah lama haku tak kuar kan.. Ade haku kesah?

Haku tak sokong maner persembahan yang nyanyi lagu orang lain mlm tu.. Haku suka memandang kemampuan Tomok, Aweera dan Esther masa nyanyi lagu baru mereka.. Well dari awal rancangan haku tertanya-tanya dan ternanti-nanti adakah lagu tahun ni mengulangi keletopan lagu-lagu tahun lepas iaitu Hanya Di Mercu dan Memori Tercipta?

Well, kesian esther lagu baru dier dinyanyikan pada pusingan pertama dia.. Well Lagu baru dier ape ke tajuknya.. Haku sifat kan.. Mmmm.. Oklah.. Tapi tak tangkap macam Memori tercipta Tahun lepas..! Kemudian plak Aweera dengan lagu dier yang haku rasa.. Mmm.. Bolehlah.. tapi tak menarik minat untuk dengar pun sebenarnya.. Last sekali dan menjadi persembahan terkhir set2 lagu baru ialah lagu tomok Rindu Terhenti.. Memula agak hambar lah kan.. But seperti yang dapat dijangkakan.. Kalau dah lagu Aubrey Suwito yang buat.. mmm.. Nalla la kan..! Bak kata kak Miza, lagu Aubrey Suwito ada set2 peringkat yang akan naik naik dan terus naik.. Tak heran lah kak Miza mengundi 10 kali malam tu.. well laki bayar bil kan.. Matilah kecarutan!

Well hanya lagu Tomok sajer yang menangkap halwa telinga haku untuk dengar sampai habis.. bukan sebab haku tak suker esther and Aweera but.. lagu tak berapa nak can do untuk didengar..

Overall finale memang Tomok layak menang pun rether than others.. Sebab sah2 Tomok ada kualiti tersendiri.. Haku ader terbaca blog satu ni.. Dier upload lagu Tomok baru kat blog dier tapi dok ngutuk Tomok.. Statement nye dier upload lagu Tomok sebab sajer nak naikkan trafic pada blog dier.. Well ade haku kesah.. Manusia typical mmg gitew.. Ingat blog ko byk cantek? Wah..

Yang dok ngata persembahan Tomok same tiap-tiap minggu bagi haku salah.. Bak kater Paul Moss, persembahan yang sebegitu yang bawak dier ke final.. (kalau korang paham slang British Paul Moss lah kan..) Cuba bukak mata celikkan minda uols.. Minggu pertama (dan audition juga) ada Tomok bawak lagu macam lagu Ingin Bersamamu yang dier bawak masa Top 7? Well itu maksudnya perubahan! Ada lagu Beyonce dier bawak macam kak Beyonce? Lain lah lagu Awie di bawak macam style Awie..

Bak kata Syafinaz.. Persembahan paling memberansangkan malam ini! Well he deserve!

Sebelum dier nyanyi lagu Rindu Terhenti ader klip yang Tomok ala2 sedih kan ckp penah naik bus, pastu kena baling batu masa buat show.. ( haku pun naik bus uols, tapi ada haku kesah?) Layak sangat lah dier menang merubah nasib die, dulu orang baling batu botol segala.. perluker nak berada di bawah selamanya? No no no! Kali ni ko buat show Tomok, ko bawak lesung batu.. Ader yang berperangai macam anak monyet seperti tak dididik mak bapak tu, ko rejam sajer.. Baru seswai ngan paras wajah dorang!

Well lagu Rindu Terhenti haku dah naik muntah dengar dan hafal lirik dier.. Uols bagai mana pula? oklah.. Tak mau panjang lebar berleter.. Ader yang mahu serang balas review haku kring-kring haku ok!! Da...


Saturday, May 2, 2009

Rindu Terhenti : Lagu Baru Tomok

CONGRATULATION To TOMOK


Lirik Lagu Rindu Terhenti by Tomok

Rindu Terhenti

Telahku tinggalkan
Memori Silamku itu
Tidak ku biarkan
Hidupku dibelit pilu

Walaupun duka menampar dada
Walau sepi mencalar hati
Rindu ku terhenti

Ku pinggirkan sayu
Yang merundum kalbuku
Kasih dulu ku biar berlalu

Ku pinggirkan lara
Yang bertaut di jiwa
Ku teruskan hidup tanpa dia

Padam nyala patah tumbuh
Hilangkan berganti
cinta tiba, cinta pergi
Biar di asal ku nanti

Ku lupakan mu jua di sini
Sedang kau pergi menjauhi