Sunday, January 11, 2009

Motif sokong Israel?


Haiyoh matilah tajuk hari ni kan.. Hah uols.. Skang ni seluruh dunia sedang bersedih ok... Ini sumer gara2 Rejim Zionis yang tak gheti2 nak hentikan serangan dorang ke atas bumi Palestin.. Adakah ini entry berbaur politik uols? Atau pun ia hint2 haku akan ke Palestin berjuang utk menghentikan persengketaan dunia? Oh tidak uols.. haku lebih slesa berada di tanah air yang tercinta ini menjalani kehidupan sehari-hari.. Mcm something jer susunan ayat haku kan.. Well ini lah luahan rasa hati haku ok..

Ok mulakan isu di Palestin.. Saban hari, di dada2 akhbar sibuk menceritakan pasal keadaan bumi Palestin yang semakin kritikal kan..? Hah, dah Rejim Zionis yang macam haram tu tak gheti2 nak hentikan serangan ke atas Palestin kan.. Haiyoh, ape lagi they ols nak uols? Nak kater negara tak maju.. Tak.. nak kater negara tuh negara bodoh, tak elok plak kan.. Tapi sesuai lah ngan muka negara tu, dah kena kecam oleh semua manusia yang berada di muka bumi ni..

Kiter plak tak tahu kenapa sebab dan musabab Israel tak nak hentikan serangan kat Plestin.. Uols.. Kesian ok rakyat Palestin.. Cuber uols tengok... Kalau yang mati kena bedil tu ala2 orang dewasa tak lah sgt terasa kan.. Ini, biler tgk budak kecik yang rata2 nyer comel2 belaka yang terkorban.. apakah erti semua ini uols? Wah emo kaedah nyer kan.. Ye lah.. tak ke kesian kecik2 lagi dah tamat riwayat.. Sedih ok.. Tak nak pulak negara Israel tu diterbalikan kan.. Kalau lah satu hari negara Israel tu hancur ditelan bumi.. Sesuai ngan muker dier.. Tak per lah uols.. sah2 yang terkorban di atas serangan manusia berhati puaka tu mati syahid..

Dalam pada itu pula, di negara kita.. Perhimpunan telah bayak dilakukan bagi menunjukkan protes rakyat Malaysia terhadap apa yang berlaku di negara palestin.. Semayang hajat juga telah dilakukan seluruh negara bagi memohon doa semoga peperangan terhadap negara Palestin di hentikan secepat mungkin.. Dan pemboikoitan terhadap produk2 yang kononnya menyumbang dana pada tentera Israel giat dijalankan.. jenama seperti Starbucks, McDonald, Coca Cola (sekadar menyebut beberapa nama, wah teringat Pn Fadilah..) telah mula diboikot oleh rakyat negara ini.. Tapi uols.. raleven kah tindakan ini.. ? Boikot sana sini tapi kalau majlis Bangsa Bangsa Bersatu tak bertindak..? Wah.. pandai plak haku mengenai pengetahuan am kan..?

Btw uols, kempen derma serta tabung terhadap peperangan juga giat di jalankan.. oleh itu uols, sumbanglah sedikit pada mana2 tabung yang berkenaan.. Tapi yang penting biar ikhlas uols.. Jgn menderma atas dasar terpaksa atau menunjuk-nunjuk.. Tak elok ok..



Ok uols.. I tinggal kan uols dengan ucapan, selamat menderma.. dan yang paling penting marilah kita sama2 doa ke atas kesejahteraan umat Islam yang semakin hari semakin di tindas.. Allahuakbar.. Insyallah,.. amin..

P/s: Uols pun boleh sebarkan maklumat mengenai kempen bantuan terhadap rakyat Palestin yang semakin kritikan.. Jadikan segala kejadian itu satu iktibar pada diri kita semua..

Ngantuk Day..

Hah uols.. tgk tajuk pun dah agak bosan kan.. Baiklah.. Haku ni sgt mengantuk ok hari ni.. Ngan sakit kpala nyer.. Hari ni macam biasa lah kan uols.. Gi keje pastu balik.. Ha ha ha.. Kat tempat keje tak banyak yg berlaku kecuali Bonda yang dah konfiden mekap kt tengah2 alam kan.. MAtilah bonda akan jadi wanita terulung lepas ni... Kak medina plak tros menjadi wanita yang agak2 malu2 anjing kan.. What ever darling..

Hah uols.. Haku nak kongsi sket laman web yang haku rasa sgt menarik perhatian haku.. Cuber klik kt sini atau layari www.majolica-majorca.com utk tgk.. Mmg best.. Siap ader pompuan yang baring2 atas katil lagi.. Pastu ader lagu dlm bahasa French.. Un, Deux, Trois.. Walaupun ia hanya satu web alat komestik terbaru yang masuk pasaran Malaysia.. Tp Serius.. Mmg best.. Barang die pun sgt menarik ok.. Ok gi layari ok..


Well tak der aper nak buat ok mlm ni, kecuali dgr lagu sambil mata habis2an mengantuk lalu tdo.. Ok lah uols.. Sambung sok k...

Saturday, January 10, 2009

Lega.. Tapi Penat...

Haiyoh.. perluker lega?? Harus.. Puas hati haku.. Internet dah kembali ke sedia kala.. Dah tak perlu kehidupan haku merangkap dgn internet yg bervirus baruah yang menyerang laptop haku.. Sesuai ngan laptop haku kena format.. All brand new lah kaedahnyer kan.. So lepas ni makin senang lah haku nak update citer2 baru buat uols kan.. Ye lah.. Uols kan ketandusan cerita2 hangat dari i kan..

Well smalam tak dapat bersiaran dengan uols sbb haku ke Shah Alam... Dan haku menjadi sgt penat ok hari ni.. Sebab nyer tak cukup tdo.. Haruslah.. Gi Shah Alam berborak ngan Pedet smpi 4 sengah pagi walaupun haku bekerja masuk kol 10.. So sempat tdo 3 jam sahaja.. Kerana Medina yang berperangai ala2 wanita solehah yang telah membuat senaman akrobatik pada subuh sepii'.. Harus haku terjaga kol 7 sengah.. langsung tak leh sambung tdo.. Matilah Medina dipersalahkan..

Pegi keje mmg tak bermaya langsung.. Sampai lah habis keje kol 10 malam.. Tak naya.. Gillerr..??! Ni mat adah tutup 3 3/4 dah ni ok.. Ngan sakit kepala nyer.. Tapi mengenangkan uols yang sentiasa menanti kisah2 teladan dari haku kan.. Well hari ni haku nak kongsi info ngan uols.. Cuber dengar lagu Senyum Minang Manis dari album Dato' CT.. Best ok.. Ni tengah dgr lah ni..

Well di sini haku nak ucapkan tahniah kepada Mohd Faizan aka Kuchairies.. Kerana terpilih menyertai kem kursus bina taqwa yang akan dijalankan oleh company dier.. Dengar citer kena buat persembahan kumpulan.. Ala2 mcm mlm kebudayaan masa kiter gi camping masa di bangku sekolah dahulu.. Sesuai.. Oklah uols.. Menjeling, menjeling, menjeling... Senyuman hati tergoda.. Mengerdip, mengerdip, mengerdip.. Mata bermain di sukma...