Showing posts with label Current News. Show all posts
Showing posts with label Current News. Show all posts

Wednesday, July 18, 2012

Kembali bersiaran..

"Aku tidak sudi melihat dia lagi... Walau dalam mimpi pun tidak kuingini.. Aku rela menjadi teratai yang layu.. Daripada mekar.. Di dalamnya tasik madu.. Biarkanlah.. Ku begini.. Dan tak mungkin.. Ku kembali.. Bersamamu.."

Kau mampu ke tidak muncul2 masuk blog kau tarik key Kak Jee walaupun kak jee sendiri tak mampu nak tarik lagu sendiri sekarang ni..?

Cantik pose menaip kau kak!

Haiyo, dah dekat setahun haku menternak sawang2 kt laman haku ni kan.. Last entry kau tgk, Ramadhan.. Ni dah nak masuk Rmadhan balik.. Aje gilaaa... Tp ade haku peduli? Tak hokey.. Hah ingat haku sorang je yang tak update blog berbulan2? Tu Ruhil dah tiga bulan diam, tu Fairuz Selamat tak jugak2 hupdate.. Samo sejo semua! tp ade sorang ni agak rajin la update blog.. Tu Abg Mizie, fefeeling ramai la pembaca? Siap mention dating ngan haku kat Curve kan.. Tp ade jugak la orang ingat kt haku kan.. Sayang la Abg Mizie.. Aje mampossss...

Hey, dah nak masuk Ramdhan dah uols.. Yg betina2 subur semua kt luar tu dah ganti puasa ke belum.. Belum? Aje sial lah sifat memasing.. Cuba la lepas raya tu bwk2 ganti puasa disebabkan zon merah tu!! Ape nak jadilah.. Wah, ade akak2 dah terasa.. Hellooo.. Kenyataan ok.. Haku puasa penuh, so jgn mengata haku okey.. 
Apa pandang2? Ingat haku tak puasa?

Ok lah, citer bulan puasa nanti puasa baru kita huraikan yer.. Sekarang ni mari kita kongsi apa aktiviti yang korang tengah buat sepanjang tahun ni (malah sampai tahun depan kendati sampai mati pun) yang korang buat? Bangun 7 pagi, start enjin pergi kerja, pastu pulang ke rumah bukan?? Soooooo yesterday! haku skang ni kerja, tido kol 7 pagi bangun kol 4 petang.. Kau mampu? Kau mampu khatam seluruh perlawanan Euro baru2 ni.. Haku mampu!

Haku kan kerja sendiri uols, sukati haku la nak tido bangun pukul berapa kan.. Janji akaun penuh..!! Keji tak sifat haku? Tak baik okey riak! Hey.. Haku bukan riak.. Contoh orang riak adalah mcm ni.. Baru dpt kerja canang, gaji basic RM2000 tak masuk elaun, baru beli baju kt Top Shop dah dok catwalk 10 kali dengan baju yang sama, atau baru nak cantik dah pose2 Ochee kt Pavilion.. 

Cantik tak fesyen aci?

Lagi satu benda paling haku meluat sekali dengar sepanjang tahun yang lepas ni.. Sikap org yg suka jaga tepi kain org sedangkan spender sendiri dah berlubang.. Aje gila dok mengomen haku sepanjang masa.. Rambut bila nak potong la, bila nak kahwin la.. Hey, kau suruh mak kau lahirkan haku balik, sumpah haku ikut apa kehendak org.. Suruh haku jd komander tentera pun haku sanggup.. Get a life man!

Stim x tgk I?

Wah, luahan perasaan betul haku ni.. yelah.. Haku simpan je sebelum ni.. Before this haku diam je la ape org nk kata.. But now, no no no, kau dengar cakap haku plak.. Kau ni kurang kasih sayang kot haku rasa.. Tu la, jadi lagi anak yang tak berguna, kan dah kurang perhatian.. Bawak2lah berkawan.. Luaskan sikit pemikiran tu.. 

Woi woi woi.. sebelum blog haku di chop sebagai blog keji, baik haku blah.. Kang ade plak yg sentap tetek baca nukilan haku ni.. Ok, haku nak cari planner tahun depan, sebab planner tahun ni dah penuh ngan tempahan baja najis unta haku tu.. Salam sayang.. Annyeong! Daaaa~~~

P/s: Kau ade banner blog mcm haku?

Tuesday, July 5, 2011

The Red Carpet Testimonial

Hah hari ni hari utk haku merepek.. Walaupun mata dah tahap dewa punyer ngantuk.. Still jari-jari haku ni mematuk2 key board ni kan.. Kaedahnye, nak aktif berblog semula katernyer kan.. Ahh pegi mampus la org nak kater ape kan.. Haku tahu haku grandddd!! Wahhhhh..

Well, hari ni haku sibuk berdiscuss ngan board of director yang lain bagi prospek client yang bakal mendatang ni.. Alhamdullilah lah, sejak dua menjak ni, ramai jugak kawan2 yg hello2 tny suh mintak quotation kan... Walaupun tak lah tinggi maner hasil yang bakal dapat kan.. Tp haku tetap syukur la kan.. Sedaya upaya bagi yang terbaik pada client..

So kepala hotak haku tiap masa asek duk berputar lalu tangan tak ghenti2 melukis.. Haku pun dah tak senang duduk dah ni.. Risau la uols.. Tanggungjawab yg dah kena pikul sekarang ni agak besar la jugak kan.. Wahhh kekwat tak haku.. Company tak la besar maner kan.. Hello, this little guy with big dreams ok!

So mari haku perkenal kan company kecil haku.. We called us The Red Carpet Testimonial.. Apa tu.. Well, this is brand new event management company.. Still focus on photography itself.. But we have wonderful Event Management fellows in this production!

Ye lah, sekarang ni mmg byk company2 yang bagunkan syarikat event ni kan.. Baik wedding sampailah ke majlis2 besar yang lain kan.. Yes, we would compete ngan company2 lain.. But who cares? Gitu.. Yes, haku admit Crew haku semua kepala hotak mmg creative.. So mcm satu peluang kepada kami sendiri utk mencabar diri dan kemampuan masing-masing..

So aper kami buat? Photography for sure sebab haku mmg lahir dari institusi yg teras fotografi.. Well, dah sampai Korea dah pun haku gi amek gambar.. In event itself, kami sedia pikul tanggungjawab untuk menguruskan majlis-majlis mengikut kehendak pelanggan kami.. Well, wedding, engagement, corporate event, dinner event dan aper saje.. From deco to pengurusan.. So haku nak iklan kat sini.. kalau uols tercari-cari pengurus majlis sila like page ini kt FB... Web site on the way..



Pls share kepada semua.. And if berminat sila-sila contact haku yer.. Memang byk company-company lain.. But, if u deal with us.. We promise wonderful!

Sekian buat masa ini.. Wabilahitaufikwalhidayah..

Yang benar..

Art & Creative Director - The Red Carpet Production

Wednesday, February 27, 2008

Shah Alam Banjir!!


Pelik kan dengar tajuk entry ni..

tapi itulah hakikatnya, tadi masa haku balik dr UiTM, nak hujan lebat kan..

Lepas Syida anta haku kat Sec 2, tros haku naik bus, tapi haku pelik naper bas ni tak jalan-jalan.. Rupanya banjir kan.. Cuber tgk gambar air mengalir ni... kat sebelah ni...Punya laju!

Macam air sungai congkak! Haku pun ape lagi tros snap gambar neh.. Guna hp jer, sebab DSLR tak bawak tadi..

secara keseluruhannya, kuat gak banjir nyer sampai keter wira tenggelam separuh.. Boleh.. Ok lah korang tgk gambar yang lain ni...

Nak tenggelam kan.. area-area rumah kat situ pun ader yang tenggelam gak!! Dengan ujan lebatnyer....











Nasib yang haku naik tu bus.. Kalau tak, tgu air surut lah jawabnya baru haku balik!!

Huhuhu... Tulah, sistem peparitan tak nak buat betul2, kan dah susah...

P/S: Kesian tgk ader keter Mercedes terkandas dalam banjir tadi.. Ingat Uolz, harta benda tak menjamin kesenangan, tiba time susah, susah gak!!

Awwwwaaahhhh!!!

Tuesday, February 26, 2008

Mayat Tumpang Bas Persiaran..


Angker ok tajuk entry ni.. Apa pun bacalah berita akhbar kosma hari ni.. Haku copy paste dari Kosmo.com.my..

KAJANG - Misteri bau busuk yang menyelubungi sebuah bas persiaran yang membawa 40 Puteri UMNO untuk dibawa ke Stadium Kajang sempena penamaan calon telah membuka satu rahsia.

Selepas diselongkar seluruh bas tersebut, bau busuk itu rupa-rupanya datang daripada satu mayat seorang lelaki yang ditemui di tempat letak barang dalam bas tersebut.

Jurucakap polis berkata, sebelum mayat itu ditemui, pemandu yang berusia 30-an itu telah memandu bas tersebut dari rumahnya di Taman Sungai Besi Indah menuju ke Semenyih.

"Pemandu itu memberitahu, dia ada terhidu bau hamis seperti mayat manusia semasa dalam perjalanan dan telah berhenti untuk membuat pemeriksaan.

"Tetapi setelah dicari di dalam bas itu, dia tidak jumpa apa-apa sebelum meneruskan perjalanan ke Semenyih," kata beliau.

Menurut beliau, semasa tiba di Semenyih pukul 6.30 pagi, bas tersebut telah mengambil 40 penumpang di kalangan Puteri UMNO dan dibawa ke Stadium Kajang.

"Sepanjang perjalanan dari Semenyih ke Kajang itu kebanyakan ahli Puteri UMNO turut terhidu bau hamis tersebut, tetapi tidak mengendahkan kerana menyangka ia datang dari bangkai haiwan," kata beliau.

Bagaimanapun, jurucakap polis itu memberitahu, sebaik menurunkan semua penumpangnya, pemandu bas tersebut telah meletakkan kenderaannya berhampiran bangunan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).

Katanya, setelah mematikan enjin kenderaannya, pemandunya yang masih tidak berpuas hati dengan bau busuk itu terus memeriksa tempat menyimpan barang di bawah bas itu.

"Pemandu itu hairan ternampak sebuah beg beroda berwarna hitam yang mengeluarkan bau busuk dan terus membuat laporan polis," katanya.

Ujarnya, polis yang membuka beg itu kemudiannya menemui mayat seorang lelaki yang telah dibungkus dengan tilam nipis sebelum dimasukkan ke dalam plastik hitam.

Mayat berusia 40-an dan dipercayai telah mati lebih 48 jam itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Rosli Mohd. Nizam mengesahkan kejadian tersebut dan sedang menyiasat mengenai penemuan mayat itu yang dipercayai menjadi mangsa bunuh berdasar kesan cedera di badannya